Perutusan Pengarah IPGKPM
logo





Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

         Masyarakat dunia pada hari ini merupakan masyarakat pengguna sistem komputer on-line yang bijak. Forum-forum dan segala bentuk wacana minda sudah pun diwujudkan menerusi medan cyber atau laman maya. Namun walau apa pun impaknya, kesemua perkembangan yang berkaitan dengan ICT ini menunjukkan bahawa masyarakat dunia pada hari ini telah mula membudayakan laman maya sebagai pusat rujukan yang mudah, cepat dan berinformasi. Di mana-mana sahaja kita berada, kita tidak akan kurang informasi, asal sahaja laman maya yang kita layari itu lengkap dan berintegriti.


Alhamdulillah, JK Muzium IPGK PM telah mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web yang dipaut pada portal sesawang rasmi IPG KPM. Selaras sebagai mercu tanda IPG KPM, Muzium IPG KPM berperanan sebagai wadah pameran identiti pendidikan guru khususnya pendidikan untuk wanita Melayu sejak penubuhannya sehingga kini. Para pengunjung akan berpeluang menerokai akan maklumat berkaitan pendidikan guru menerusi koleksi bahan artifak, monograf dan dokumen yang tersimpan di dalam muzium ini. Pelbagai gambar yang dimuat naik daripada pelbagai aktiviti dapat disaksikan melalui laman sesawang ini.


         Begitu juga, selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Muzium IPGK PM turut berpotensi untuk menjadi pusat rujukan kepada guru terlatih dan guru pelatih, khususnya, dan untuk orang awam amnya. Rujukan ini adalah ke arah meningkatkan pengetahuan tentang sejarah perkembangan awal pendidikan guru di Malaysia, menjana idea untuk penyediaan bahan bantu mengajar dan penghayatan terhadap tokoh, dan sumbangan guru pelatih serta warga pendidik kampus terhadap dunia pendidikan semenjak penubuhannya.


         Sebagai menyahut ledakan TMK (ICT) yang semakin berkembang pesat, laman web ini diharapkan dapat bergerak selari dengan aspirasi negara yang menuntut perkembangan profesionalisme guru secara berterusan. Laman web muzium IPGK PM dapat berfungsi sebagai saluran yang dapat memenuhi aspirasi tersebut.

         Saya amat mengalu-alukan para pengunjung laman sesawang ini sama ada dari dalam dan mahupun dari luar kampus IPGK PM untuk melawat muzium ini dan memberi sokongan ya bagi memantapkan lagi taraf pengurusan dan kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak. Terima ksepenuhnasih kerana mengunjungi laman sesawang Muzium Pendidikan Guru, IPGK PM

"Muzium IPGK PM Warisan Pendidikan Guru”

“Kunjungilah Muzium IPGKPM" Sekian, terima kasih.

(SITI NORKIAH IDRIS)

Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Perempuan Melayu,
Melaka
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
VIDEO PILIHAN
Users Online
Guests Online: 13

Members Online: 0

Total Members: 2,345
Newest Member: claestoqhk
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara@2012 - IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu.
Koleksi Muzium
Piala Badminton MWTC 1958
Piala Johan Permainan Perempuan KAGUM Zon Selatan 2000
Piala Bola Tampar 1968
Piala-piala kemenangan
Piala syarahan sumbangan KP Dawood Sultan_1956
Hakcipta Terpelihara @2014 - IPGKPM
Powered by PHP-Fusion Copyright © 2018 PHP-Fusion Inc
Released as free software without warranties under GNU Affero GPL v3
3,270,041 unique visits
October 22 2018 05:39:34