Sejarah Penubuhan
logo



SEJARAH AWAL MUZIUM WARISAN

          Muzium Pendidikan Guru bermula sebagai Bilik Pameran Sejarah Awal & Perkembangan Malay Women’s Training College / Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MWTC/MPPM) di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Kemanusiaan ketika itu. Ia ditubuhkan sempena lawatan DYMM Permaisuri Agung Tunku Bainun ke MPPM pada Jun 1990

          Semasa pentadbiran Pengetua Pn. Hjh. Hamidah bt Baba , Bilik Pameran Sejarah di bawah kelolaan Jabatan Kemanusiaan dinamakan Muzium Warisan MWTC / MPPM pada 1 Feb 1995

Ia dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hj. Mohd .Najib B Tun Abdul Razak SSAP, SIMP,DPMS,DSAP,PNBS Menteri Pendidikan Malaysia, pada 14 Sept 1995.

Jawatankuasa muzium ketika itu diketuai oleh Pn Chandrasekari a/p Nadeson (Ketua Jabatan) dan dibantu oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Kemanusiaan

Sempena Perayaan Ulang Tahun MWTC /MPPM /IPPM /IPGK PM ke 75. pada tahun 2010, mantan pengarah Pn.Noor Hayatee bt Mohd Noor, telah mencadangkan pembinaan muzium warisan bagi pendidikan guru.

Monumen Asrama Blok C yang telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988 (Enakmen No 6 1988) . No Warta : Jil.46/No.14/4 Julai 2002, merupakan bangunan yang sangat sesuai untuk dipulihara dan dijadikan sebagai Muzium Pendidikan Guru

Pada tahun 2007, kertas cadangan pembinaan Muzium disediakan setelah merujuk kepada PERZIM . Permohonan yang dibuat pada Januari 2008 telah membuahkan hasil apabila diperuntukan sebanyak RM250 ribu kepada IPG Kampus Perempuan Melayu pada tahun 2009.

Kerja-kerja pemuliharaan dan pembinaan diketuai oleh En. Yeow Kek Ong (mantan Ketua Jabatan Kajian Sosial) siap pada Disember 2009. Ruang tetamu dan beberapa domitori di Asrama Blok C (Blok 52) diubahsuai menjadi Muzium Pendidikan Guru.

Muzium ini terdiri daripada galeri, pejabat pengurusan dan stor di aras bawah; bilik pameran rumah waden, diorama domitori pelatih, peralatan & perabot, bahan hasil guru pelatih, alat bantu mengajar dan juga bilik rujukan & tayangan.

klik sini untuk meklumat lebih lanjut:
Penubuhan Muzium Warisan Kita
Cadangan Muzium Di Rumah Pengetua
Sejarah Pembangunan MPG
Resos Sejarah MWTC/MPPM/IPPM


Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
VIDEO PILIHAN
Users Online
Guests Online: 16

Members Online: 2
Doktorkvsv, Beamybassy

Total Members: 2,345
Newest Member: claestoqhk
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada portal ini.

Hak Cipta Terpelihara@2012 - IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu.
Koleksi Muzium
Piala Badminton MWTC 1958
Piala Johan Permainan Perempuan KAGUM Zon Selatan 2000
Piala Bola Tampar 1968
Piala-piala kemenangan
Piala syarahan sumbangan KP Dawood Sultan_1956
Hakcipta Terpelihara @2014 - IPGKPM
Powered by PHP-Fusion Copyright © 2018 PHP-Fusion Inc
Released as free software without warranties under GNU Affero GPL v3
3,270,073 unique visits
October 22 2018 05:40:09