1. Melaksanakan dasar-dasar praktikum yang telah ditetapkan oleh IPGM dan
mematuhi Prosedur Kerja MS ISO.
2. Merancang, melaksanakan dan memantau program dan aktiviti yang berkaitan
dengan PBS, Praktikum dan Internship.
3. Mengurus dan memantau pelaksanaan PBS, Praktikum dan Internship.
4. Mengambil tindakan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
pelajar di bilik darjah.
5. Melaksanakan dan menguruskan dasar-dasar PBS, Praktikum dan Internship seperti
yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Induk Praktikum (Amalan Profesional).
6. Memahami dan mengambil tindakan sewajarnya mengenai pekeliling dan arahan
yang ditetapkan oleh IPGM.
7. Memantau dan menilai keberkesanan PBS, Praktikum dan Internship.
8. Mengagihkan dan menempatkan pelajar di sekolah-sekolah mengikut zon yang
telah ditetapkan.
9. Menghubungi pihak Jabatan Pendidikan Negeri untuk memperoleh kebenaran dan
pengurusan penempatan PBS, Praktikum dan Internship di sekolah.
10. Mengenal pasti dan melantik pensyarah penyelia.
11. Menghubungi Pengarah Pendidikan Negeri/Guru Besar untuk mendapatkan senarai
nama guru yang dicalon dan akan dilantik sebagai guru pembimbing.
12. Menyediakan program latihan dan perbincangan profesional untuk meningkatkan
lagi mutu bimbingan dan pencerapan.
13. Melaksanakan taklimat PBS, Praktikum dan Internship untuk pelajar, pembimbing
dan guru besar.
14. Melaksanakan sesi Refleksi untuk Pelajar selepas tamat PBS, Praktikum dan
Internship.
15. Memastikan markah PBS, Praktikum dan Internship pelajar dikumpul dan
dimasukkan ke dalam BKKP